KISAH NABI ADAM


Adam terpikat
 
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang  
  bersemayam di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga. Tuhan menanam asmara murni dan 
  hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada tara
  dalam sejarah, yaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri 
  yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum 
  dari segala yang harum.
 
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan 
  kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan
  penuh kasih sayang. “Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. 
  “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
 
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap 
  saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar
  dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan 
  semangat.
 
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s  ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: 
  Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
 
Adam a.s sadar bahwa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahwa 
  Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berartilah pula cinta
  kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, 
  makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa berarti cinta kepada Pencipta. Dengan 
  keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” 
  suaranya halus, penuh kemesraan.
 
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya  
  memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
 
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah 
  memberi harapan.
 
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradatlah 
  bahwa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut 
  beberapa langkah. Ia sadar bahwa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah 
  mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahwa iapun 
  terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa 
  menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang 
  berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselip “rasa mau”. Karananya ia yakin pada dirinya bahwa Hawa
  diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
 
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba 
  terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal
  kecuali dengan mahar dan menikah!”.
 
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya 
  tenteram. Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
 
Perkahwinan Adam dan Hawa
 
Allah SWT.  Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua 
  hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga 
  untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya iringan-iringan
  berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk 
  berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan 
  Hawa.
 
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, 
  segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah 
  hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit 
  dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan 
  hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
 
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara 
  yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, 
  dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
 
> Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak 
  persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
 
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahwa
  yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
 
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling 
  menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya
  Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
 
 
 
Mahar perkahwinan Adam
 
ergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi 
  perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah
  yang sedang difikirkan Adam.
 
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan
  kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”. “Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan  
  berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai> maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh 
  pengharapan. “Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon 
  dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
 
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah shalawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit 
  yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup
  serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
 
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali shalawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sebagai 
  mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW  adalah
  rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
 
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, 
  perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan 
  ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
 
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan
  makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati
  pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).
  Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan 
  pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh
  kenikmatan. Yaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para 
  malaikat.
 
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam 
  di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi
  untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT  dengan janji bahwa syurga 
  itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
 
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku 
  kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekawatiran atas mereka,  
  dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah)
 
Dipetik dari Darul Nu'man

Penulis : ERIF ARGAZ


KISAH NABI ADAM


Share :

0 Response to "KISAH NABI ADAM"

Posting Komentar